7 Desember 2021

Dr. Rosliah Kiting

Timun dan Kucing

Rosliah Kiting Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak Malaysia

Pada zaman dahulu, tersebutlah kisah di sebuah desa seorang gadis bernama Gokoh dengan anak lelakinya bernama Tuging. Suami Gokoh telah lama meninggal dunia akibat terhempap kayu ketika membuka ladang.

Gokoh membesarkan anaknya sendirian dengan mengusahakan ladang peninggalan arwah suaminya. Pelbagai jenis tanaman seperti padi, keladi, ubi kayu dan sayur-sayuran termasuklah timun yang ditanamnya. Berulangkali ibu dan bapa Gokoh mempelawa untuk balik ke kampung halamannya. Namun dia terus bertahan di kampung arwah suaminya, menjaga rumah dan melakukan aktiviti bertani.

Tuging semakin membesar dan rajin membantu ibunya melakukan kerja di ladang serta kerja-kerja di rumah. Tuging juga sentia saringan tulang membantu sesama penduduk di kampungnya seperti membersihkan kawasan perkampungan, memperbaiki kerosakan kemudahan kampung serta turut sama menjaga keselamatan kampung apabila dikehendaki.

Ini menjadikan ibunya sangat bersyukur dan gembira dengan sifat terpuji anaknya. Penghasilan mereka mencukupi untuk keperluan keluarga malahan adakalanya mampu berkongsi hasil pertanian dengan jiran tetangga. Penduduk kampung yang melihat kebaikan dan kerajinan Tuging menjadikannya sebagai contoh ketika memberikan nasihat kepada anak-anak atau cucu mereka.

Ada juga dalam kalangan mereka yang berangan-angan menjodohkan anak gadis kepada Tuging. Gokoh hanya tersenyum apabila ada diantara jiran-jirannya yang mengutarakan hajat menjadikanTuging sebagai menantu. Tuging menyedari hal tersebut namun hatinya telah terpaut dengan gadis bernama Bilu, rakan sepermainannya sejakkecil.

Tuging menyatakan hasratnya kepada ibunya untuk merisik gadis tersebut. Ibunya terkejut dengan hasrat Tuging dan agak keberatan menunaikan hasrat anak kesayangannya memandangkan gadis tersebut adalah dari pada keluarga berada dan disegani di kampung mereka.

Ibunya berkata “Sudahkah Tuging berfikir sebaik-baiknya?” “Sudah ibu.” JawabTuging. “Memilih jodoh perlu pertimbangan sewajarnya. Ibu tidak bermaksud untuk membantah pilihan Tuging tetapi ibu hanya risau jika Tuging memilih langsat tetapi terpilih yang hijau.” Kata Gokoh sebagai ingatan kepada anaknya berkaitan dengan maksud memilih langsat tetapi terpilih yang hijau bermakna seorang lelaki memilih pasangan dalam kalangan beberapa gadis dengan harapan akan terpilih baik namun akhirnya terpilih gadis yang tidak baik disebabkan terpikat dari segi fizikal sahaja.

Buah langsat yang masih mentah rasanya asam dan tidak sedap di makan merupakan kiasan kepada gadis yang kurang baik dari segi akhlak, ilmu atau adab. Tuging hanya berdiam diri sambil memikirkan kata-kata ibunya. Suatu petang yang suram, awam kelabu menutup mentari yang kian melabuhkan tirai, Gokoh sedang menikmati teh lintotobou (FicusSuptica). Tiba-tiba kedengaran suara memberi salam.

Gokoh segera menjenguk jendela, kelihatan anaknya Tuging sedang menunggu pintu di buka bersama dengan seorang gadis. “Tolong buka pintu mak. Saya datangni. “Panggil Tuging. “Sebentar nak.” Jawab Gokoh. “Nikawan saya mak, namanya Bilu.” Kata Tuging memperkenalkan kawannya. “Silakan masuk.” Kata Gokoh memperlawa mereka masuk ke rumah memandangkan hujan sudah mula menitis. Mereka minum teh bersama dan sembang.

Apabila lewat petang, Tuging menghantar Bilu pulang ke rumahnya. Masa terus berlalu. Ladang telah dibersihkan sepenuhnya dan sedia untuk ditugal. Hari itu Tuging keluar lebih awal dari rumah untuk mencari kayu yang sesuai dijadikan tugal. Anjing kesayangan yang setia bersamanya bernama Giko juga ikut. Gokoh sibuk menyediakan benih padi dengan memilih dua jenis padi bukitia itu kundinga (beras warna putih wangi) dan tadong (beras warna merah).

Benih tersebut kemudiannya dicampur dengan tanaman untuk sayuria itu gorouk (labu putih), tawadak (labu kuning) dan timun. Gokoh berbincang dengan jirannya tentang penggiliran menugal padi. Rupanya ladang Gokoh akan menjadi pertama untuk ditugal secara bergotong-royong dalam penggiliran tersebut memandangkan dia telah menyediakan ladang sepenuhnya.

Tempoh menungal padi di kampung akan berjalan selama sebulan. Aktiviti menugal merupakan suatu musim yang menyeronokkan petani kerana setelah siap, mereka akan berkumpul untuk makan bersama. Hidangan disediakan oleh pemilik ladang yang di tugal. Lazimnya hidangan pada waktu tersebut amat menyelerakan, antaranya adalah linopotiaitu nasi di bungkus dengan daun yang beraroma wangi, bosou iaitu jerukikan sungai, nomsom iaitu buah bambangan yang di jeruk dan sebagainya. Suatu petang ketika Tuging dan ibunya duduk di sulap (pondok di tengah ladang) kerana hujan renyai-renyai sambil memerhati padi yang sedang tumbuh menghijau, mereka berbincang untuk melamar seterusnya mempersatukan Tuging dengan Bilu.

Gokoh mencadangkan agar acara melamar, pertunangan dan perkahwinan dilaksanakan dengan jarak waktu yang berdekatan. Ini dilakukan untuk membolehkan ahli keluarga yang jauh dapat menghadiri ke semua acara tanpa perlu berulang-alik. Tuging aku dengan kehendak ibunya. Acara kemudiannya dilaksanakan seperti yang dirancang. Majlis dilaksanakan secara sederhana dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat dan penduduk sekitar kampung.
Setelah selesai acara, Bilu menetap di rumah Tuging sesuai dengan adat kampung tersebut yang mengkehendaki isteri wajib tinggal bersama dikediaman suami. Tuging sangat menyayangi isterinya sehingga tidak membenarkan isterinya melakukan kerja-kerja di rumah. Tuging juga melarang isterinya ikut bekerja di kebun. Ibunya Gokoh hanya mengiyakan kehendak anaknya kerana tidak mahu menyinggung hati anak kesayangannya.

Bilu hanya makan dan tidur di rumah setiap hari. Mertuanya akan menyediakan makanan untuk menantunya sebelum turun keladang. Suatu ketika Gokoh memasak makanan kegemarannya iaitu sayur labu di campurkan dengan daging salai. Namun Gokoh tidaks empat menyentuh makanan tersebut kerana terburu-buru ke ladang menjaga padi yang sedang berbuah. Banyak sekali burung pipit yang menyerang buah padinya yang masih muda. Hal ini yang menimbulkan kerisauan Gokoh.

Anaknya pula masuk ke hutan untuk memburu.Gokoh berpesan kepada menantunya agar menikmati makanan tersebut kemudian meninggalkan untuknya dan Tuging. Bilu hanya mengiyakan dengan hati tidak sabar menikmati makanan tersebut. Bilu sangat berselera menikmati makanan masakan mertuanya. Terasa sangat sedap sehingga berulangkali mengambil daripada kuali. Selang dua jam Bilu makan lagi. Seleranya begitu baik pada hari tersebut.

Bilu tidak menyedari makanan tersebut habis sehingga tidak ada lagi untuk mertua dan suaminya. Oleh sebab kenyang, Bilu tertidur di ruang tamu tanpa menyedari mertua dan suaminya pulang ke rumah. “Mana lauk yang saya masak pagi tadi? Sudah saya cakap tinggalkan untuk kami kan?” Gokoh bertanya kepada menantunya. Bilu hanya diam kerana matanya masih berat untuk dibuka. “Siapa kawan kamu makan sehingga habis lauk begitu banyak? Penuh kualini saya masak.” Kata Gokoh lagi seolah-olah kesal dengan sikap menantunya.

“Tu kucing yang menghabiskan lauk tu.” Jawab Bilu separuh sedar dari tidurnya dengan menuduh kucing yang duduk dekat dengannya. Gokoh memasak lagi untuk makanan mereka sekeluarga. Namun demikian hanya timun dan jeruk ikan kerana daging salai yang diberikan oleh iparnya hanya cukup untuk di masak sekali sahaja. Setelah siap memasak, Gokoh memanggil mereka untuk makan bersama. Tiba-tiba Bilu terasa sangat sukar dan sakit untuk bergerak. Seolah olah punggungnya telah melekat pada tikar tempatnya berbaring. Bilu berteriak dan menangis kesakitan.

Tuging dan Gokoh segera mendekati Bilu. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat pokok labu telah menjalar tumbuh dari pada alat kemaluan Bilu. Bilu terus meraung kesakitan kerana apabila bergerak, seluruh urat dalam badannya seolah-olah ditarik. Kesakitan terasa sangat perit dan menyeksanya. Tidak ada siapa yang dapat membantunya kerana Bilu akan meraung kesakitan walau siapapun yang cuba menyentuhnya.

Si kucing hanya mampu memandang Gokoh dari atas tempat duduk yang diperbuat daripada bambu. Semakin panjang labu tersebut menjalar, Bilu semakin lemah sehingga lah denyutan nafasnya berakhir. Pemergian Bilu ditangisi oleh suaminya Tuging serta Gokoh. Penduduk kampung turut berduka cita namun merasa hairan dengan kejadian yang menimpa keluarga mereka. (*)